Sunday 16 December 2012

Isu Umat Islam


Assalamualaikum semua...
apa khabar hari2 antunna semua??harap2 b'jalan lancar hendaknya....amiinn

Hari ni ana nak bercerita tentang pengalaman ana mengikuti usrah pagi tadi...usrah hari ni berlainan sikit dengan usrah pada hari2 lain..apa yang lainnya ek???..macam nak bagi suspen je kan...tak ada apa yang lain pun sebenarnya..cuma hari kami main explorace je..tapiii,bagi ana permainan tu sangat bermakna..sebab ape, permainan tu bukan sekadar untuk suka2 tapi ia memberi pengajaran yang sangat besar buat ana dan sahabat2 yang lain...

Sebelum memulakan aktiviti kami, akak2 usrah dah bagitahu bahawa kami bermain seolah-olah kami ni  berada di GAZA,PALESTIN untuk berjuang...apa yang kami perlu buat ialah pasangkan niat betul2....

Kalau nak diceritakan memang takkan habis punye la...dlam banyak2 ativiti yang kami buat tadi,ade satu aktiviti yang sangat memberi kesedaran yang besar kepada kami di mana pada mulanya kami diarahkan untuk membina sebuah masjid yang paling indah dan paling kami sayang dengan menggunakan surat khabar....bertungkus lumus jugak la nak menyiapkan binaan masjid tuu..selepas tu,kami pamerkan 'masjid' tu kat akak2 usrah..ada satu soalan yang dia tanya kat kami."betul ke antunna semua sayang kat masjid yang antunna buat ni??"..of course kami jawab : " sangaaat sayang kerana ia melambangkan umat Islam"...tapi apa jadi lepas tu???memang tak disangka-sangka akan berlaku..tiba2 dia memusnahkan binaan yang kami buat...tergamam dibuatnya...masa tu terjadilah 'pergelutan' antara kami..~cewah ayat~...agak2 antunna semua,ape terjadi kat kami masa tu???ape lagi,kena marah la jawabnye...."korang kata korang sayang kat masjid ni,tapi mana tindakan korang??cuba korang fikir ape niat korang masa mula2 korang main explorace ni..kita ni sedang berjuang di Palestin..cuba korang anggap masjid ni adalah masjid al-Aqsa........". 

Kadang-kadang kita ni hidup dalam keadan yang sangat selesa menyebabkan kita lalai dalam mengambil cakna tentang isu umat Islam..ye,mungkin baru2 ni kita bersemangat post something tentang isu ni kt facebook,twitter dan sebagainya lah...tapi,bile keadaan dah mula reda di mana tak ramai yang bercakap tentang isu ni,kita pun sama2 reda dengan semua ni...kita hanya ikut orang semata-mata...mana sifat cakna yang betul2 datang dari diri kita sebenarnya??mana??...

kita perlu berbuat sesuatu..walaupun kita tak berpeluang ke Palestin,tapi kita sebagai pelajar ada cara yang secara tidak langsung kita berjuang untuk umat Islam...belajarlah bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Islam....kerana orang kafir memandang agama Islam ni sebagai agama yang mundur..so,kita perlu sama2 betulkan statement tu...di samping belajar,buat la jugak sesuatu perkara yang kita mampu untuk sama2 membantu umat Islam di Palestin,Syria dan di negara2 Islam yang lain..even sekarang ni pun kita yang berada di Malaysia pun dah diserang sebenarnya..tapi kita tak sedar sebab kita tak dapat melihatnya dengan mata kasar..ana pasti,antunna semua tahu semua tu..so,sama2 la kita memberi kesedaran sesama kita.....

renung-renungkan dan sama2 tingkatkan kesedaran dalam diri...ana mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam post kali ni....akhir kata, Assalamualaikm...

Sunday 4 November 2012

SPM 2012

assalamualaikum...
hari ni, 5 November 2012 ialah detik-detik yang bersejarah buat pelajar-pelajar SPM 2012...gud luck ye adik-adik...do your best for your future..

     banyakkan buat solat sunat hajat..mintak Allah permudahkan urusan kita..tapi janganlah solat hajat semasa nak exam je ye..


     baca dan jawab soalan yang diberi tuu dengan tenang..banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita,nabi Muhammad S.A.W kalau terlupa sesuatu ilmu yang dah kita pelajari sebelum ni...

     ingatlah Allah selalu...Allah sentiasa berada dengan hamba yang sentiasa mengingatiNYA...insyaAllah.

Thursday 1 November 2012

MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH

Assalamualaikum...dah lama sangat ana tinggalkan blog ana ni..bukan ape,sibuk sangat nak exam..banyak benda ana kena fikir..walaupun sibuk,jangan lupe pada yang satu iaitu PENCIPTA KITA, ALLAH SWT...

    Yela,tanggungjawab sebagai pelajar ni sangat besar..ana rasa memang semua dah tau..tapi pernahkah kita terfikir kita belajar itu untuk apa sebenarnya??..apa pentingnya menuntut ilmu Allah??..pada zaman sekarang memang kita perlu belajar dalam bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang hebat..TETAPI!!! itu tak sepatutnya menjadi niat utama kita dalam belajar..niat utama kita adalah kerana ALLAH!!! bila kita dah niat kerana Allah, kita akan rasa ingin menolong agama Allah dengan mendapatkan pekerjaan yang hebat supaya orang-orang kafir akan memandang tinggi agama Allah ni iaitu ISLAM...

     Bila semua pekerjaan yang hebat-hebat dah dimonopoli oleh orang ISLAM,so secara automatiknya dunia ni akan diperintah oleh orang ISLAM..tetapi kita mesti ingat bahawa AKIDAH perlu dijaga terlebih dahulu....

"sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat"

Fikir-fikirkan,renung-renungkan!!!selamat menuntut ilmu Allah buat semua dan jangan lupa baca al-Quran ye~


HATI YANG BASAH MENGINGAT ALLAHhttps://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQOBmKCFhOZ_sZDUN8pA3203T9wkbkI1Z4_nItuRKktw4WTud_pqCHaz64

Ikhlas dalam kebaikan merupakan suatu tuntutan. Namun, ia adalah perkara yang paling sukar untuk dipraktikkan kerana ia wujud bukan dari percakapan atau perbualan tetapi dari dalam hati sanubari yang diterjemah dalam amalan sehari-hari. Ikhlas merupakan barisan dari barisan amalan hati bahkan ia berada pada titik permulaan disebabkan ia penentu ganjaran bagi setiap perbuatan.
Tauhid
Mungkin kita tidak sedari sebenarnya ikhlas merupakan buah tauhid yang murni. Lawan bagi keikhlasan adalah riya’ dan ia merupakan syirik yang tersembunyi. Oleh yang demikian, jika manusia melakukakan sesuatu perbuatan bukan kerana-Nya, maka ia seolah-olah meminta pertolongan daripada yang lain. Ia amat bertentangan dengan tujuan sebenar kita diciptaka di atas muka bumi ini. Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Adz-Zariyat:56)

Sunday 5 August 2012

HARAPAN SEORANG INSAN

Assalamualaikum.....
Tahun 2o12 ni adalah tahun di mana hidup aku berubah menjadi seorang pra-mahasiswi.....Kadang-kadang terfikir jugak betol ke pilihan yang aku buat ni....ke mana halatuju aku selepas ni....ape course yang bakal ak ambik nanti...apa yang aku fikirkan sebelum ni tak semudah yang disangka...malah,lebih susah berbanding spm dulu..tapi ini adalah pilihan yang telah aku buat..aku dah tak boleh berundur lagi...mungkin memang dah takdir di sini tempat untuk aku meneruskan perjuangan aku...setiap kali aku mula rasa ingin berputus asa,pasti wajah ibu yang terbayang di mata.."mak,insyaAllah kak long akan buat yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga kita..tunggu kak long balik dengan segulung kejayaan"..


Wednesday 30 May 2012

ke USIM

assalamualaikum pembuka bicara... =)
        hari ni bersamaan 30 Mei 2012 dah masuk hari ke-8 ana kt USIM......alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...hari ni ana nk citer sikit dengan korang....
first time ana dapat tawaran ke USIM,ana excited sangat2..nak tau sebab ape???kawan2 dari SMKA LATI,Pasir Mas ramai yang datang sambung bljar kt sini....
         mula2 ana menjejakkan kaki kt Stadium Nilai Tertutup untuk pendaftaran masuk ke USIM,dari jauh ana dah nampak kelibat kawan2 menunggu untuk pergi mendaftar sekali...yela,sebelum 2,kitorang dah buat temujanji dah...hahaha....bila dah berkumpul,kitorang kelam-kabut sangat nak masuk dalam stadium 2....ana lah yang paling kalut sekali rasenyer...sebelum masuk ke dalam stadium 2,kitorang diberi satu fail warna oren kalau tak silap...bila dah masuk kat dalam stadium 2,sejuk mula menyelubungi diri...ada aircond la katakan..kitorang duduk lah kat tempat yang telah disediakan 2 untuk isi maklumat2 kat fail oren 2... eh2, x ingat nak bagitau,..pelajar yang baru nak mendaftar kat USIM cantik2 dan hensem2...semuanya berpakaian warna purple....
           berbalik kepada cerita tadi..bila kitorang dah siap isi maklumat kitorang kat fail oren 2,kitorang diarahkan turun ke ruang tengah (tak tau nak panggil ape) untuk bersiap sedia pergi daftar la....kitorang diarahkan mengeluarkan surat tawaran masing2 untuk di"scan" smada maklumat kitorang ade or tak kat USIM ni...lepas siap scan 2,kitorang kna menunggu 'turn' untuk daftar kat kaunter C....bila dah siap daftar kat kaunter C 2, kitorang disuruh bergerak ke kaunter D..tapi kat kaunter D  tu untuk pelajar lelaki je sebab kat situ adalah tempat khas untuk beli tali leher...so,kitorang kaum hawa ni tak pergi la kat situ sebab kitorang tak pakai pun tali leher tu...kaunter seterusnya ialah kaunter E..kat sini kitorang diberi kunci rumah dan bilik mengikut course masing-masing...kitorang pun bergerak lah sehingga ke kaunter yang terakhir..sepanjang kitorang melalui  kaunter2 tu,kitorang diberi baju T, beg galas berlogo USIM, CD, kad matrik, peta kolej kediaman...banyak betol benda yang perlu dibawak sehingga tak cukup tangan..fuhh!!letih betol bawak barang2 tu..sebelum kitorang keluar, dapat pulak makanan dan air...lagi la tak cukup tangan nak bawak semua tu...(sabor jela)...lega betol bila dah selesai pendaftaran tu..ana pun keluar dengan perasaan yang gembira+bangga sebab dapat masuk USIM..=)
           
            


Monday 23 April 2012

HUKUM BERCOUPLE DALAM ISLAM

KEMUSYKILAN PERTAMA

Soalan:
Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya.soalan saya,betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memak...ai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan

Sunday 22 April 2012

HUKUM MELETAKKAN GAMBAR BERNYAWA DI RUMAH



Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?
Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar

Saturday 21 April 2012

RAHSIA JODOH SAYA

Melihat kebahagiaan manusia lain dengan apa adanya pada diri kita itu adalah sangat bahagia. Namun pada ketika melihat kebahagiaan orang lain dengan diam-diam melihat segala kekurangan diri sendiri, itu adalah muara segala kepedihan

AIR MATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani

Friday 20 April 2012

KISAH LUCU YANG PATUT DIJADIKAN TELADAN


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah,

MAKSUD SIMBOL 'PEACE'

Sukakah anda membuat simbol ini?

Jika ya, ada baiknya anda baca artikel ringkas ini. Semoga memberi manfaat bersama
Simbol ini berasal dari simbol

TEMPAHKAN BILIKKU DI NERAKA


 "Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau

DOA KETIKA TERTIMPA MUSIBAH


Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan balasan Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah tersebut sebagai penghapus dosa-dosa selama ia terbebas dari perbuatan kesyirikan dan dosa besar lainnya. Sehingga ia akan menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala.
Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupa kesyirikan, kezaliman terhadap

ALLAH SWT MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH




'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan

Thursday 19 April 2012

10 LALUAN YG DILALUI OLEH MANUSIA SEHINGGA AKHIRAT

10 laluan yg dilalui oleh manusia sehingga akhirat

Hisablah diri kita sama ada kita dapat melepasi 10 imigresen untuk
bertemu Allah...

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh
Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat:

10 AMALAN YG TERBALIK


10 AMALAN YANG TERBALIK
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati

9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh

Tuesday 17 April 2012

20 PERKARA JANGAN


20 Perkara Jangan
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

3 SOALAN




3 soalan
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN


BISMILLAH  (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan

SIFAT-SIFAT YANG DILARANG DALAM MELAKUKAN IBADAH

Sifat-sifat yang di larang didalam melakukan Ibadah:
1. Riya’
Melakukan ibadah kerana merasa senang di puji, merasa harga diri sebagai ahli ibadah.
2. Sum’ah
Melakukan ibadah kerana ingin menjadi masyhur, terkenal dan popular.
3. Ujub