Sunday 16 December 2012

Isu Umat Islam


Assalamualaikum semua...
apa khabar hari2 antunna semua??harap2 b'jalan lancar hendaknya....amiinn

Hari ni ana nak bercerita tentang pengalaman ana mengikuti usrah pagi tadi...usrah hari ni berlainan sikit dengan usrah pada hari2 lain..apa yang lainnya ek???..macam nak bagi suspen je kan...tak ada apa yang lain pun sebenarnya..cuma hari kami main explorace je..tapiii,bagi ana permainan tu sangat bermakna..sebab ape, permainan tu bukan sekadar untuk suka2 tapi ia memberi pengajaran yang sangat besar buat ana dan sahabat2 yang lain...

Sebelum memulakan aktiviti kami, akak2 usrah dah bagitahu bahawa kami bermain seolah-olah kami ni  berada di GAZA,PALESTIN untuk berjuang...apa yang kami perlu buat ialah pasangkan niat betul2....

Kalau nak diceritakan memang takkan habis punye la...dlam banyak2 ativiti yang kami buat tadi,ade satu aktiviti yang sangat memberi kesedaran yang besar kepada kami di mana pada mulanya kami diarahkan untuk membina sebuah masjid yang paling indah dan paling kami sayang dengan menggunakan surat khabar....bertungkus lumus jugak la nak menyiapkan binaan masjid tuu..selepas tu,kami pamerkan 'masjid' tu kat akak2 usrah..ada satu soalan yang dia tanya kat kami."betul ke antunna semua sayang kat masjid yang antunna buat ni??"..of course kami jawab : " sangaaat sayang kerana ia melambangkan umat Islam"...tapi apa jadi lepas tu???memang tak disangka-sangka akan berlaku..tiba2 dia memusnahkan binaan yang kami buat...tergamam dibuatnya...masa tu terjadilah 'pergelutan' antara kami..~cewah ayat~...agak2 antunna semua,ape terjadi kat kami masa tu???ape lagi,kena marah la jawabnye...."korang kata korang sayang kat masjid ni,tapi mana tindakan korang??cuba korang fikir ape niat korang masa mula2 korang main explorace ni..kita ni sedang berjuang di Palestin..cuba korang anggap masjid ni adalah masjid al-Aqsa........". 

Kadang-kadang kita ni hidup dalam keadan yang sangat selesa menyebabkan kita lalai dalam mengambil cakna tentang isu umat Islam..ye,mungkin baru2 ni kita bersemangat post something tentang isu ni kt facebook,twitter dan sebagainya lah...tapi,bile keadaan dah mula reda di mana tak ramai yang bercakap tentang isu ni,kita pun sama2 reda dengan semua ni...kita hanya ikut orang semata-mata...mana sifat cakna yang betul2 datang dari diri kita sebenarnya??mana??...

kita perlu berbuat sesuatu..walaupun kita tak berpeluang ke Palestin,tapi kita sebagai pelajar ada cara yang secara tidak langsung kita berjuang untuk umat Islam...belajarlah bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Islam....kerana orang kafir memandang agama Islam ni sebagai agama yang mundur..so,kita perlu sama2 betulkan statement tu...di samping belajar,buat la jugak sesuatu perkara yang kita mampu untuk sama2 membantu umat Islam di Palestin,Syria dan di negara2 Islam yang lain..even sekarang ni pun kita yang berada di Malaysia pun dah diserang sebenarnya..tapi kita tak sedar sebab kita tak dapat melihatnya dengan mata kasar..ana pasti,antunna semua tahu semua tu..so,sama2 la kita memberi kesedaran sesama kita.....

renung-renungkan dan sama2 tingkatkan kesedaran dalam diri...ana mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam post kali ni....akhir kata, Assalamualaikm...

No comments:

Post a Comment