Thursday 1 November 2012

MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH

Assalamualaikum...dah lama sangat ana tinggalkan blog ana ni..bukan ape,sibuk sangat nak exam..banyak benda ana kena fikir..walaupun sibuk,jangan lupe pada yang satu iaitu PENCIPTA KITA, ALLAH SWT...

    Yela,tanggungjawab sebagai pelajar ni sangat besar..ana rasa memang semua dah tau..tapi pernahkah kita terfikir kita belajar itu untuk apa sebenarnya??..apa pentingnya menuntut ilmu Allah??..pada zaman sekarang memang kita perlu belajar dalam bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang hebat..TETAPI!!! itu tak sepatutnya menjadi niat utama kita dalam belajar..niat utama kita adalah kerana ALLAH!!! bila kita dah niat kerana Allah, kita akan rasa ingin menolong agama Allah dengan mendapatkan pekerjaan yang hebat supaya orang-orang kafir akan memandang tinggi agama Allah ni iaitu ISLAM...

     Bila semua pekerjaan yang hebat-hebat dah dimonopoli oleh orang ISLAM,so secara automatiknya dunia ni akan diperintah oleh orang ISLAM..tetapi kita mesti ingat bahawa AKIDAH perlu dijaga terlebih dahulu....

"sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat"

Fikir-fikirkan,renung-renungkan!!!selamat menuntut ilmu Allah buat semua dan jangan lupa baca al-Quran ye~


HATI YANG BASAH MENGINGAT ALLAHhttps://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQOBmKCFhOZ_sZDUN8pA3203T9wkbkI1Z4_nItuRKktw4WTud_pqCHaz64

Ikhlas dalam kebaikan merupakan suatu tuntutan. Namun, ia adalah perkara yang paling sukar untuk dipraktikkan kerana ia wujud bukan dari percakapan atau perbualan tetapi dari dalam hati sanubari yang diterjemah dalam amalan sehari-hari. Ikhlas merupakan barisan dari barisan amalan hati bahkan ia berada pada titik permulaan disebabkan ia penentu ganjaran bagi setiap perbuatan.
Tauhid
Mungkin kita tidak sedari sebenarnya ikhlas merupakan buah tauhid yang murni. Lawan bagi keikhlasan adalah riya’ dan ia merupakan syirik yang tersembunyi. Oleh yang demikian, jika manusia melakukakan sesuatu perbuatan bukan kerana-Nya, maka ia seolah-olah meminta pertolongan daripada yang lain. Ia amat bertentangan dengan tujuan sebenar kita diciptaka di atas muka bumi ini. Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Adz-Zariyat:56)