Thursday 19 September 2013

nak panas dan sejuk di mana?

menutup aurat bukanlah sekadar menutup kepala semata-mata...belajarlah cara untuk menutup aurat dengan sebenar-benarnya... menutup aurat bukanlah kerana seseorang itu tidak pandai berfesyen kerana berpakaian longgar tetapi penutupan aurat sebenarnya memberi perlindungan kepada kita daripada keburukan dan perlakuan negatif oleh orang di sekeliling..

 mungkin ramai yang beranggapan orang yang berpakaian longgar dan menutup hampir keseluruhan badannya menyebabkan kepanasan..memang tidak dinafikan ada sedikit kepanasan tetapi kepanasan itu boleh melatih diri kita untuk lebih bersabar.. yang mana anda mahu pilih???kesejukan di dunia dan kepanasan di akhirat atau kepanasan di dunia dan kesejukan di akhirat???

sebenarnya jika kita sudah terbiasa dengan sesuatu yang kita amalkan, perkara yang susah akan menjadi senang..begitulah juga dengan perihal menutup aurat ni..jika kita sudah terbiasa untuk menutup aurat dengan sempurna, kepanasan dan kepayahan secara automatiknya akan bertukar menjadi kesejukan dan ketenangan dalam jiwa...

sekarang, pilihan di tangan anda..samada anda mahu berpanas di dunia atau berpanas di akhirat???buatlah suatu perubahan walaupun perubahan itu hanya sedikit kerana Allah tidak melihat kepada hasil tetapi Dia melihat segala usaha yang dilakukan oleh hambaNya...

Monday 17 June 2013

BERSYUKURLAH

SYUKUR.. perkataan yang sering didengar dan diperkatakan kepada kita...tapi berapa ramai yang bersyukur dengan setiap pemberianNya.. berapa ramai yang mampu menilai nikmat yang dikurniaNya.. berapa ramai yang mampu menggunakannya dengan sebaiknya.. ingatlah wahai saudaraku, terlalu banyak nikmat yang dikurniakanNya kepada kita.. mungkin bukan dengan harta benda tetapi dengan kesihatan yang kita dapat, masa yang kita guna, keluarga dan kawan2 yang kita miliki.. tidak terdaya untuk kita membalasnya.. tapi terlalu sikit yang Allah minta daripada hambaNya (melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang).. Allah tidak pernah sedikitpun kedekut kepada hambaNya.. apa yang kita minta, semuanya Allah bagi.. malah, Dia beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta..

‘’ Yang membuat sebaik-baiknya segala sesesuatu yang Dia ciptakan dan Dia telah memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripatih air yang diremehkan. Kemudian Dia Menyempurnakan dan Meniupkan kedalam (tubuh)Nya roh (ciptaan)Nya dan Menjadikan Kamu Pendengaran, Penglihatan, dan hati, (tetapi) Kamu sedikit sekali bersyukur.’’ (As-Sajadah : 9).

Allah menjadikan kita sebaik-baik makhluk.. ada akal untuk berfikir.. ada penglihatan untuk melihat kebenaran.. ada hati untuk merasa segala nikmat yang Dia beri.. tapi kita selalu tidak bersyukur dengan segala yang kita dapat dan meminta lebih dan lebih lagi.. sungguh lemah hambaMu ini..

Thursday 21 February 2013

HOT ABOUT K-POP???

Assalamualaikum w.b.t....(jawab tau..kalau tak jawab, berdosa) :)

ana nak tanya kepada pembaca sekalian....adakah anda berminat dengan K-POP???Mesti ramai yang akan jawab "MINAT!!!"...Sekarang ni K-POP memang menjadi buah mulut remaja-remaja terutamanya dalam kalangan kaum hawa...Memang boleh untuk kita meminati sesuatu hiburan tetapi ia hendaklah dalam kadar sederhana..janganlah kita terlalu fanatik sangat dengan sesuatu "benda" tu...kenapa???cuba kita tanya kembali diri kita, adakah kita fanatik dengan Allah sebagaimana kita fanatik dengan benda lain???kalau jawapannya adalah TIDAK, anda harus bermuhasabah balik diri masing-masing...kalau jawapannya adalah YA, anda pun harus bermuhasabah jugak...kenapa ana berkata sedemikian???kita tak boleh samakan Allah dengan benda lain kerana Allah adalah pemilik diri kita yang sebenar dan DIA adalah segala-galanya untuk kita...kita harus ingat tu!!...jangan asyik melayan benda lain sampai mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNYA..carilah masa untuk kita berkhalwat dengan Pemilik diri kita yang sebenar-benarnya..today, I want to show you a video about.....kalau nak tau, tengok la sendiri....SURPRISE..!!







apa perasaan anda selepas melihat video ni???terkejut bukan....apa yang saya ingin katakan di sini, janganlah disebabkan kita sangat berminat dengan sesuatu benda tu, kita jadi buta untuk melihat kebenaran...
janganlah mengagung-agungkan orang yang tidak mempercayai adanya Allah dan orang-orang yang membenci agama Allah yang suci iaitu agama Islam..

akhirul kalam..Assalamualaikum w.b.t....

Saturday 12 January 2013

SEMARAK CINTA RASULALLAH S.A.W

Assalamu alaika ya Rasulallah...
apakan makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki,
jika kau tiada tersenyum melihatnya..
apakah makna kenikmatan syurga,
jika engkau tiada dapat dipandang..
apa makna setiap nafasku,
jika engkau memalingkan wajahmu..






DUNIA AKHIR ZAMAN



assalamualaikum...hari ni ana nak kongsi satu video untuk sahabat-sahabat semua..mungkin video ni dah ramai yang tengok..but, it's ok...ini adalah peringatan untuk kita...jika diulang-ulang lebik baik...