Thursday 19 September 2013

nak panas dan sejuk di mana?

menutup aurat bukanlah sekadar menutup kepala semata-mata...belajarlah cara untuk menutup aurat dengan sebenar-benarnya... menutup aurat bukanlah kerana seseorang itu tidak pandai berfesyen kerana berpakaian longgar tetapi penutupan aurat sebenarnya memberi perlindungan kepada kita daripada keburukan dan perlakuan negatif oleh orang di sekeliling..

 mungkin ramai yang beranggapan orang yang berpakaian longgar dan menutup hampir keseluruhan badannya menyebabkan kepanasan..memang tidak dinafikan ada sedikit kepanasan tetapi kepanasan itu boleh melatih diri kita untuk lebih bersabar.. yang mana anda mahu pilih???kesejukan di dunia dan kepanasan di akhirat atau kepanasan di dunia dan kesejukan di akhirat???

sebenarnya jika kita sudah terbiasa dengan sesuatu yang kita amalkan, perkara yang susah akan menjadi senang..begitulah juga dengan perihal menutup aurat ni..jika kita sudah terbiasa untuk menutup aurat dengan sempurna, kepanasan dan kepayahan secara automatiknya akan bertukar menjadi kesejukan dan ketenangan dalam jiwa...

sekarang, pilihan di tangan anda..samada anda mahu berpanas di dunia atau berpanas di akhirat???buatlah suatu perubahan walaupun perubahan itu hanya sedikit kerana Allah tidak melihat kepada hasil tetapi Dia melihat segala usaha yang dilakukan oleh hambaNya...