Saturday, 12 January 2013

SEMARAK CINTA RASULALLAH S.A.W

Assalamu alaika ya Rasulallah...
apakan makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki,
jika kau tiada tersenyum melihatnya..
apakah makna kenikmatan syurga,
jika engkau tiada dapat dipandang..
apa makna setiap nafasku,
jika engkau memalingkan wajahmu..






DUNIA AKHIR ZAMAN



assalamualaikum...hari ni ana nak kongsi satu video untuk sahabat-sahabat semua..mungkin video ni dah ramai yang tengok..but, it's ok...ini adalah peringatan untuk kita...jika diulang-ulang lebik baik...


Sunday, 16 December 2012

Isu Umat Islam


Assalamualaikum semua...
apa khabar hari2 antunna semua??harap2 b'jalan lancar hendaknya....amiinn

Hari ni ana nak bercerita tentang pengalaman ana mengikuti usrah pagi tadi...usrah hari ni berlainan sikit dengan usrah pada hari2 lain..apa yang lainnya ek???..macam nak bagi suspen je kan...tak ada apa yang lain pun sebenarnya..cuma hari kami main explorace je..tapiii,bagi ana permainan tu sangat bermakna..sebab ape, permainan tu bukan sekadar untuk suka2 tapi ia memberi pengajaran yang sangat besar buat ana dan sahabat2 yang lain...

Sebelum memulakan aktiviti kami, akak2 usrah dah bagitahu bahawa kami bermain seolah-olah kami ni  berada di GAZA,PALESTIN untuk berjuang...apa yang kami perlu buat ialah pasangkan niat betul2....

Kalau nak diceritakan memang takkan habis punye la...dlam banyak2 ativiti yang kami buat tadi,ade satu aktiviti yang sangat memberi kesedaran yang besar kepada kami di mana pada mulanya kami diarahkan untuk membina sebuah masjid yang paling indah dan paling kami sayang dengan menggunakan surat khabar....bertungkus lumus jugak la nak menyiapkan binaan masjid tuu..selepas tu,kami pamerkan 'masjid' tu kat akak2 usrah..ada satu soalan yang dia tanya kat kami."betul ke antunna semua sayang kat masjid yang antunna buat ni??"..of course kami jawab : " sangaaat sayang kerana ia melambangkan umat Islam"...tapi apa jadi lepas tu???memang tak disangka-sangka akan berlaku..tiba2 dia memusnahkan binaan yang kami buat...tergamam dibuatnya...masa tu terjadilah 'pergelutan' antara kami..~cewah ayat~...agak2 antunna semua,ape terjadi kat kami masa tu???ape lagi,kena marah la jawabnye...."korang kata korang sayang kat masjid ni,tapi mana tindakan korang??cuba korang fikir ape niat korang masa mula2 korang main explorace ni..kita ni sedang berjuang di Palestin..cuba korang anggap masjid ni adalah masjid al-Aqsa........". 

Kadang-kadang kita ni hidup dalam keadan yang sangat selesa menyebabkan kita lalai dalam mengambil cakna tentang isu umat Islam..ye,mungkin baru2 ni kita bersemangat post something tentang isu ni kt facebook,twitter dan sebagainya lah...tapi,bile keadaan dah mula reda di mana tak ramai yang bercakap tentang isu ni,kita pun sama2 reda dengan semua ni...kita hanya ikut orang semata-mata...mana sifat cakna yang betul2 datang dari diri kita sebenarnya??mana??...

kita perlu berbuat sesuatu..walaupun kita tak berpeluang ke Palestin,tapi kita sebagai pelajar ada cara yang secara tidak langsung kita berjuang untuk umat Islam...belajarlah bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Islam....kerana orang kafir memandang agama Islam ni sebagai agama yang mundur..so,kita perlu sama2 betulkan statement tu...di samping belajar,buat la jugak sesuatu perkara yang kita mampu untuk sama2 membantu umat Islam di Palestin,Syria dan di negara2 Islam yang lain..even sekarang ni pun kita yang berada di Malaysia pun dah diserang sebenarnya..tapi kita tak sedar sebab kita tak dapat melihatnya dengan mata kasar..ana pasti,antunna semua tahu semua tu..so,sama2 la kita memberi kesedaran sesama kita.....

renung-renungkan dan sama2 tingkatkan kesedaran dalam diri...ana mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam post kali ni....akhir kata, Assalamualaikm...

Sunday, 4 November 2012

SPM 2012

assalamualaikum...
hari ni, 5 November 2012 ialah detik-detik yang bersejarah buat pelajar-pelajar SPM 2012...gud luck ye adik-adik...do your best for your future..

     banyakkan buat solat sunat hajat..mintak Allah permudahkan urusan kita..tapi janganlah solat hajat semasa nak exam je ye..


     baca dan jawab soalan yang diberi tuu dengan tenang..banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita,nabi Muhammad S.A.W kalau terlupa sesuatu ilmu yang dah kita pelajari sebelum ni...

     ingatlah Allah selalu...Allah sentiasa berada dengan hamba yang sentiasa mengingatiNYA...insyaAllah.

Thursday, 1 November 2012

MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH

Assalamualaikum...dah lama sangat ana tinggalkan blog ana ni..bukan ape,sibuk sangat nak exam..banyak benda ana kena fikir..walaupun sibuk,jangan lupe pada yang satu iaitu PENCIPTA KITA, ALLAH SWT...

    Yela,tanggungjawab sebagai pelajar ni sangat besar..ana rasa memang semua dah tau..tapi pernahkah kita terfikir kita belajar itu untuk apa sebenarnya??..apa pentingnya menuntut ilmu Allah??..pada zaman sekarang memang kita perlu belajar dalam bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang hebat..TETAPI!!! itu tak sepatutnya menjadi niat utama kita dalam belajar..niat utama kita adalah kerana ALLAH!!! bila kita dah niat kerana Allah, kita akan rasa ingin menolong agama Allah dengan mendapatkan pekerjaan yang hebat supaya orang-orang kafir akan memandang tinggi agama Allah ni iaitu ISLAM...

     Bila semua pekerjaan yang hebat-hebat dah dimonopoli oleh orang ISLAM,so secara automatiknya dunia ni akan diperintah oleh orang ISLAM..tetapi kita mesti ingat bahawa AKIDAH perlu dijaga terlebih dahulu....

"sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat"

Fikir-fikirkan,renung-renungkan!!!selamat menuntut ilmu Allah buat semua dan jangan lupa baca al-Quran ye~


HATI YANG BASAH MENGINGAT ALLAHhttps://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQOBmKCFhOZ_sZDUN8pA3203T9wkbkI1Z4_nItuRKktw4WTud_pqCHaz64

Ikhlas dalam kebaikan merupakan suatu tuntutan. Namun, ia adalah perkara yang paling sukar untuk dipraktikkan kerana ia wujud bukan dari percakapan atau perbualan tetapi dari dalam hati sanubari yang diterjemah dalam amalan sehari-hari. Ikhlas merupakan barisan dari barisan amalan hati bahkan ia berada pada titik permulaan disebabkan ia penentu ganjaran bagi setiap perbuatan.
Tauhid
Mungkin kita tidak sedari sebenarnya ikhlas merupakan buah tauhid yang murni. Lawan bagi keikhlasan adalah riya’ dan ia merupakan syirik yang tersembunyi. Oleh yang demikian, jika manusia melakukakan sesuatu perbuatan bukan kerana-Nya, maka ia seolah-olah meminta pertolongan daripada yang lain. Ia amat bertentangan dengan tujuan sebenar kita diciptaka di atas muka bumi ini. Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Adz-Zariyat:56)

Sunday, 5 August 2012

HARAPAN SEORANG INSAN

Assalamualaikum.....
Tahun 2o12 ni adalah tahun di mana hidup aku berubah menjadi seorang pra-mahasiswi.....Kadang-kadang terfikir jugak betol ke pilihan yang aku buat ni....ke mana halatuju aku selepas ni....ape course yang bakal ak ambik nanti...apa yang aku fikirkan sebelum ni tak semudah yang disangka...malah,lebih susah berbanding spm dulu..tapi ini adalah pilihan yang telah aku buat..aku dah tak boleh berundur lagi...mungkin memang dah takdir di sini tempat untuk aku meneruskan perjuangan aku...setiap kali aku mula rasa ingin berputus asa,pasti wajah ibu yang terbayang di mata.."mak,insyaAllah kak long akan buat yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga kita..tunggu kak long balik dengan segulung kejayaan"..